Sabtu, 2 Ogos 2014

Penambahan

Modul Penambahan ini adalah mudah untuk digunakan dengan menggunakan perisian Microsoft Office Excel. Bermula dengan penambahan nombor asas 1 hingga 9, kemudian pilhan nombor 10 hingga 99 dan seterusnya. Sesuai untuk murid-murid semua peringkat.

Contoh 1: Penambahan 

Contoh 1: Penambahan 

Latihan boleh dijana dengan menggunakan butang tukar soalan secara random. Saoalan juga boleh ditukar mengikut kesesuaian.

Di bawah ini merupakan contoh dalam bentuk bergambar. Bahan sebenar boleh di download disini Penambahan.



Contoh 2: Matlamat Soalan 

Selamat Mencuba, beri komen untuk penambahbaikan.

Sabtu, 26 Julai 2014

PEMBUNDARAN

Pembundaran nombor 1
Sebagai fail latihan kepada murid-murid. Soalan dapat dijanakan dengan menekan butang tukar nombor. Sistem akan menentusahkan jawapan.

Tiga sel di sedikan untuk menukar julat angka dan pembundaran hampir kepada puloh, ratus, ribut dan seterusnya.

Pembundaran nombor 2
Sebagai latihan untuk pengukuhan secara latihan kendiri.

Pembundaran nombor aneka pilihan
Soalan aneka pilihan dijana dengan menekan butang tukar soalan.

Angka boleh ditukar mengikut pilihan.
Anda boleh download fail ini dibahagian perkongsian Micrisoft Office Excel.
Selamat mencuba.

PENDARAPAN


Dipaparkan pada 26.7.2014
Menggunakan perisian Microsoft Office Excel 2007.
Dapatkan dihalaman di bawah.

Bersama ini diserta sebahagian paparan yang terdapat di fail pendarapan.

Multiplication secara random menggunakan Mic.Off.Excel
 Bijak sifir:

Murid-murid dapat membilang dan membanding jawapan. Dengan ini murid-murid dapat mengigat dan mengambarkan situasi sebenar pendarapan.

Soalan dapat ditukar dengan klik butang soalan baru.
Oleh kerana menggunakan butang macros dalam Excel, Anda perlu mengaktifkan Security Warning: Macroc kepada enable terlebih dahulu.

Latihan yang boleh di laras angka
Soalan Aneka pilihan

Sebahagian daripada ternik mendarap pantas

Strategi mendarap pantas dengan sifir 11






Sabtu, 7 Jun 2014

PENOLAKAN:


Antara contoh bahan yang terkandung dalam Fail Microsoft Office Excel:
Berikut adalah satu contoh yang terdapat dalam fail penolakan. Bintang hitam mewakili angka 18 dan bintang hitam yang dikuningkan mewakili angka 5 yang ditolak.
Soalan boleh ditukar secara random dan pantas. 



Terdapat juga soalan anika pilihan yang dijana secara latihan kendiri dan menukar soalan secara random. Di sel A1 dan C1, murid boleh menukar julat angka yang bersesuaian dengan kemampuan sendiri.

SEKIAN, SELAMAT MENCUBA, BERI TAHU KAMI JIKA PERLU PENAMBAHBAIKAN.

Matematik guna Microsoft Office Excel :
Anda perlu ada sedikit pengetahuan tentang Microsoft Office Excel.
Anda boleh dapatkan bahan PdP untuk latihan kendiri pelajar dan PdP dalam kelas.
Dipaparkan pada: 7 Jun 2014

Selasa, 3 Jun 2014

Terpanggil untuk berkongsi pengalaman dan idea untuk memaparkan bahan dan maklumat yang mampu untuk berkongsi dengan rakan dan anak-anak semua ke arah bersama maju ke hadapan dalam bidang kemahiran matematik.